Puasa Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan.
Pada bulan Ramadan, umat Islam akan menahan lapar dan dahaga lebih daripada 12 jam sehari. Oleh itu, mereka yang berpuasa perlu menggunakan dua waktu makan yang dibenarkan sehari iaitu sahur dan iftar dengan sebaik mungkin.
Penghidratan adalah salah satu risiko yang dihadapi semasa berpuasa kerana cuaca yang panas dan lembap. Ramai yang mengalami sakit kepala dan masalah untuk menumpukan perhatian semasa berpuasa. Tabiat pemakanan yang berbeza dalam 30 hari berpuasa boleh mengakibatkan pelbagai masalah penghadaman, sakti gastrik dan sembelit. Ketidakhadaman juga boleh berlaku akibat makan terlalu banyak daripada biasa semasa berbuka.
Namun begitu, daripada menambahkan jumlah makanan semasa berbuka atau sahur, lebih baik bagi anda memilih jenis dan kualiti makanan yang sesuai dimakan supaya kesan-kesan negatif berpuasa di bulan Ramadan boleh dielakkan.
Mari lihat jenis makanan yang sesuai dimakan sewaktu sahur dan berbuka untuk meningkatkan tenaga anda.
Selain daripada minum air kosong, anda boleh mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan air seperti tembikai merah, timun, tomato dan strawberi.
Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh kerana kafein boleh menambah pembuangan air kencing dan menyebabkan air dalam badan kita kurang.
Makanan tinggi protein boleh membantu anda kurang penat sepanjang hari. Protein mengambil masa lebih lama untuk hadam dan anda akan merasa kenyang untuk tempoh masa yang panjang. Telur, keju, ayam dan daging adalah pilihan yang baik.
Susu tepung seperti MK Nutrasure dan Ensure Gold Liquid sesuai untuk diambil semasa bulan puasa kerana kandungan protein yang lebih tinggi berbanding susu tepung yang lain.
Makanan berserat tinggi boleh membantu mengawal ketidakhadaman dan pedih ulu hati. Anda boleh cuba oat, bijirin tinggi serat dan roti gandum penuh kerana ia boleh membantu anda merasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang.
Karbohidrat kompleks dalam makanan berkanji seperti nasi perang, dan kentang adalah pilihan yang bagus untuk tenaga dan mampu meningkatkan tumpuan.
Untuk mengatasi masalah sembelit, kurangkan pengambilan makanan yang berlemak, bergoreng dan pedas sewaktu sahur. Anda boleh meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia kaya dengan serat dan boleh mengelakkan sembelit. Amalkan brokoli, sayur bayam, keledek, lentil dalam pemakanan.
Lemak yang baik memainkan peranan yang penting dalam diet seimbang. Makanan yang kaya dengan lemak sihat seperti salmon, zaitun dan kacang-kacang boleh dirangkumi dalam pemakanan anda. Selain itu, minyak yang digunakan untuk memasak juga sangat penting. Anda boleh menggunakan minyak kepala dara, minyak dedak beras dan lain-lain.
Kurma secara tradisinya dimakan pada permulaan iftar kerana ia mengandungi gula semula jadi, serat dan mineral. Selain itu, kurma mudah dicerna, menjadikannya sumber tenaga dan nutrien yang cepat bagi individu yang berpuasa.
Selain pemakanan yang sihat, supplemen dan minuman sihat adalah sumber vitamin dan mineral yang bagus.
Individu yang mempunyai masalah gastrik atau ketidakhadaman boleh mengambil probiotik untuk mengurangkan senak dan kembung yang disebabkan oleh perubahan tabiat makan secara tiba-tiba. Probiotik boleh membantu menyeimbangkan semula mikroflora normal dalam sistem pencernaan dan megurangkan risiko gastrik.
Susu tepung seperti MK Glucerwin, MK Colostrum, Ensure Gold Liquid, Glucerna membekalkan nutrisi yang lengkap dan membekalkan makro- dan micro-nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Susu tepung adalah pilihan alternatif yang sesuai untuk Muslim yang berpuasa sebagai makanan penggantian pada waktu sahur atau iftar.
Bagi individu yang tidak gemar susu tepung atau minuman sihat, multivitamin adalah pilihan terbaik semasa bulan puasa. Multivitamin bukan hanya membekalkan vitamin dan mineral yang lengkap, ia juga membantu membekalkan tenaga untuk badan kita sepanjang tempoh
berpuasa. Oleh itu, multivitamin adalah penting pada bulan puasa untuk menambahkan balik vitamin dan mineral yang diperlukan untuk seharian.