Autism

Apa itu autisme? Autisme adalah masalah perkembangan kompleks. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1 dalam 68 orang. Kanak-kanak lelaki mempunyai kemungkinan mendapat autism 4 kali lebih berbanding kanak-kanak perempuan.

Autisme mempengaruhi perkembangan otak dan memberi kesan kepada keupayaan individu untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Simptom Autisme

Kesusahan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara sosial.

1. Kesukaran dalam emosi-sosial secara dua hala: Anak tersebut mungkin tidak dapat mempunyai perbualan secara dua hala, tidak menunjukkan minat kepada orang lain, ataupun tidak memulakan atau memberi respon kepada interaksi sosial seperti bercakap “hai” atau mengajak kawan lain untuk bermain.

2. Kesukaran dalam komunikasi tidak verbal: Anak ini mungkin menunjukkan gejala hubungan mata yang sangat rendah dengan orang lain, mungkin menghadapi kesukaran dalam menunjukkan gerak geri atau tidak dapat mengikut gerak geri orang dewasa seperti orang dewasa menunjuk kearah sesuatu.

3. Tidak memberi respons apabila nama dipanggil. Kerana mereka tidak memberikan tumpuan semasa dipanggil atau tiada konteks mata dan keinginan untuk berkomunikasi kerana lebih memilih untuk bermain sendirian sahaja.

Tingkah Laku Yang Terhad Atau Berulang

1. Pergerakan, penggunaan objek atau percakapan yang berulang. Anak ini mungkin mengulangi pergerakan motor dan aksi berulang kali, seperti mengepakkan tangan, berpusing atau melompat, mengulangi perkataan atau ayat yang sama, atau mungkin berinteraksi dengan permainan berulang seperti menyusun mainan atau memusingkan objek secara berterusan.

2. Minat yang sama dan terhad kepada sesuatu perkara sahaja. Anak ini mungkin menunjukkan ikatan yang kuat kepada minat tertentu seperti karakter kartun, permainan dan topik yang tertentu.

3. Hiper- atau hipo-reaktiviti terhadap penerimaan sensori. Anak ini mungkin tidak mengendahkan sensitiviti terhadap cahaya, bunyi, kesakitan, suhu, tekstur dan pergerakan dalam persekitaran mereka. Misalnya, mereka sangat seronok untuk melompat dan merempuh barang, mencari atau mengelak cahaya terang dan bunyi yang kuat, sama seperti kemahuan untuk menyentuh, menghidu atau menjilat sesuatu objek.

Komplikasi

Seseorang yang menghidap autisme akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.

  • Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
  • Peringkat akhir kanak-kanak – suka menyerang, mencederakan diri sendiri
  • Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi

Rawatan

Standard emas untuk rawatan autisme adalah Rawatan Tingkah Laku Intensif menggunakan pendekatan Analisis Tingkah Laku Gunaan ( Applied Behavioral Analysis ABA)

Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autisme tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autisme seperti:

  • Berkelakuan ganas
  • Hiperaktif
  • Masalah tidak mampu fokus
  • Kebimbangan yang mungkin timbul

Pemantauan Perkembangan Awal Kanak-Kanak

Sila dapatkan nasihat dari pihak profesional jika anak anda terlepas salah satu perkembangan di bawah:

4 Bulan

Memberi pandangan tepat
Mula membuat bunyi
Tersenyum apabila melihat orang lain

6 Bulan

Memberi respons apabila nama dipanggil
Mula membuat bunyi ”ah”, ”eh”, ”oh”
Boleh berguling dari posisi baring ke meniarap

9 Bulan

Memahami perkataan ”tidak”
Duduk tanpa sokongan
Boleh menggunakan jari untuk tunjuk kemahuan

12 Bulan

Berjalan dengan sokongan
Mempunyai 1 hingga 3 perkataan
Boleh menggelengkan kepala untuk nyatakan ”tidak” dan melambaikan ”bye”.